Thursday, June 5, 2008

Harga Minyak,,,

Salam Buat Semua,

Kenaikan Harga Bahan Bakar...

Kenaikan Harga Minyak terbaru sebanyak RM 0.78 Sen seliter berkuatkuasa 5hb Jun 2008 sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Pada 4hb Jun 2008 Jam 17.00 amatlah memeranjatkan, Kerajaan seperti tidak mempunyai pendirian dalam mengeluarkan undang-undang dan kenyataan,

pada 2hb Jun 2008 Larangan Penjualan bahan bakar kepada kenderaan asing di sekitar 50 km dari sempadan di umumkan, tiba-tiba.. kerajaan malaysia pada 4 hb jun menarik balik larangan tersebut dengan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen,

Pening memikirkan kenaikan beras, tiba pula minyak, ditambah dengan tarif elektrik yang akan diumumkan akan datang, saya percaya, harga barang-barang runcit, seperti keperluan makanan, sayuran, akan naik walaupun ada barang yang dikawal harganya, tetapi tetap akan naik, kerana kos untuk pengeluaran bahan-bahan tersebut akan naik disebabkan kenaikan harga bahan api,

Subsidi..

subsidi yang diberikan pula amatlah daif.. berapa peratuskan RM 625 bagi kenderaan dibawah 2000 cc yang menggunakan petrol purata sehari RM 15.00?? subsidi yang ditanggung kerajaan pula hanya RM 0.30 sen seliter sedangkan harga pengeluaran minyak global cuma USD 30 1 Tong. Keuntungan bersih USD 100 bagi setiap Tong. Malaysia juga adalah negara pengeluar minyak yang mana pengeluaran eksport nyer lebih 100,000 tong sehari..

kemana perginya pengurangan subsidi? untuk kawalan harga barangan? mustahil.. lihat sahaja sebelum ini.. kerajaan tidak mampu mengawal harga minyak masak, gula, beras.. malah harga ayam bila tiba musim perayaan pun tidak mampu dikawal...
adakah dengan pengurangan subsidi.. taraf hidup rakyat akan meningkat? tidak.. rakyat akan berjimat.. bermakna pasaran ekonomi mungkin akan lembap, kemungkinan pelaburan juga merosot, teringat semasa kenaikan minyak kali terakhir.. subsidi yang ditarik pada masa itu RM 0.30 sen dikatakan akan digunakan untuk meningkatkan kemudahan awam dan juga pelajaran.. tapi.. dimana kemudahan awam itu?? di kuala lumpur, johor bahru, Pulau Pinang mungkin! bagaimana dengan di kawasan luar bandar? adakah penarikan subsidi itu hanya dirasai oleh golongan dikawasan bandar sahaja? pada pelajaran?? yuran sekolah telah dihapuskan.. tapi itu hanya bayaran tahunan yang tidak dirasai bebannya berbanding dengan penggunaan minyak setiap hari..

Terpikirkah....

Bagaimana dengan rakyat yang berpendapatan rendah dengan subsidi minyak RM 625.00 setahun ditambah RM 0.30 seliter yang ditanggung kerajaan mampu untuk menanggung kenaikan harga pasaran runcit bagi barangan???
terpikirkah Menteri-Menteri, Pakar-pakar ekonomi yang bijak pandai, yang mempunyai pendapatan lebih RM 5,000.00 sebulan, bahawa purata gaji pokok pekerja sektor pengilangan seperti kami hanya RM 480.00 sebulan.. kami perlukan kerja lebih masa selama 4 jam sehari untuk mendapatkan gaji yang lebih..
terpikirkah???

Mampukah...

mampukah golongan seperti kami ini untuk membayar sewa rumah? bulanan kereta? makan minum? tanggungan kepada anak-anak? Bil Elktrik, Bil Air, dan segala macam bil yang akan datang.. kami golongan yang berpendapatan rendah tetapi mepunyai tanggungan yang banyak terpaksa berhempas pulas untuk membantu kerajaan membayar subsidi.. bukan kah duit kerajaan itu duit dari kami?

teruskan lah usaha memakmurkan negara dengan mencipta hamba abdi moden untuk memberikan hasil kepada Pemerintah Negara...

Hidup BN.. Banyak Naik!!! tggu PRU yang ke 13.. Tumbanglah...